Thursday, June 29, 2017

Dakwaan Merinda Kerr Pulang Barang Kemas, Mungkin Tipu Atau Sengaja Diperbesarkan


Tujuan utama Mahathir berkonspirasi sehingga ke tahap membayar kepada pelobi di Amerika Syarikat ini sebenar, mahu mengajak pihak yang tidak ada kaitan  untuk masuk campur dalam usahanya menumbangkan Datuk Sri Najib Tun Razak.

Yang disasarkan Mahathir ialah golongan selebriti Hollywood yang ada kaitan dengan Riza atau Jho Low kerana mereka ini ada pengaruh besar terutama dalam media sosial.  Dalam saman DoJ yang pertama, selebriti Leonardo Di Caprio disasarkan sementara dalam saman DoJ yang kedua ini, Merinda Kerr pula.

Mahathir mahu pengikut Leonardo dan Merinda Kerr bercakap tentang isu ini, secara tidak langsung memberinya peluang untuk berkata "lihat, isu 1MDB ini telah memalukan negara"!!  Tak sedar, dialah sebenarnya punca kepada segalanya.

Justeru penulis percaya, sama seperti Leonardo Di Caprio dalam saman yang pertama, cerita kononnya Merinda Kerr memulangkan barang kemas kepada DoJ ini pun adalah antara perkara yang sengaja diperbesarkan.  Buktinya, kenyataan jurucakap selebriti kelahiran Australia itu hanya tentang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam kes berkenaan, part pulang barang kemas tu, seakan ditambah kemudian.

Hakikat bahawa laporan yang mengatakan Merinda Kerr memulangkan barang kemas itu, disiarkan oleh Wall Street Journal - antara media yang didakwa dibayar oleh Mahathir, menambahkan kepada kecurigaan itu.


No comments:

Post a Comment