Friday, June 2, 2017

Hantu Raya Saja Makan Tak Kenyang-Kenyang Ni


Bukan rahsia malah banyak dicakapkan dimana-mana, ketika diminta mengulas tentang perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri lebih 14 tahun dulu, Mahathir antara lain memetik pesan ibunya, agar dia, "berhenti makan sebelum kenyang".

"Pesan" itu begitu hebat diperkatakan, sehingga ada orang ingat, itu memang pesan asal dari ibu Mahathir sedangkan hal yang sebenarnya, itu adalah sunnah Rasulallah saw tapi Mahathir mengaitkan itu dengan ibunya.

Apa pun, tak kisahlah tentang itu, yang pentingnya sekarang, dengan Mahathir bercita-cita untuk kembali menjadi Perdana Menteri ni, kita hairan apa benda makhluknya Mahathir ni yang "tak kenyang-kenyang"?  Tahu kita, hantu raya saja yang makan tak kenyang-kenyang ni.

92 tahun dah kot, patut persiap diri nak jadi jenazah, bukan nak jadi Perdana Menteri semula.

Begitupun bulan bulan puasa ni kita bersangka baik.  Mungkin sebab tak ada orang yang mencalonkan namanya sebagai Perdana Menteri (kajian oleh partinya sendiri pun meletakkan Muhyiddin sebagai calon popular PM), maka dia sendiri sebutlah.

No comments:

Post a Comment