Wednesday, June 7, 2017

Muhyiddin Catat Sejarah Disaman Bekas Ahli Parti Belum Setahun Usianya


Huru hara dalam Bersatu mencatat sejarah baru semalam bila seorang bekas ahli Bersatu Rembau, menyaman bekas Presidnnya Muhyiddin Yassin kerana memfitnah.

Menarik dalam kes saman itu kerana dalam sejarah politik negara ini rasanya, belum pernah berlaku keadaan yang seperti ini untuk sebuah parti baru macam Bersatu - belum pun setahun usianya.

Sebelum Presidennya disaman semalam, Bersatu mengalami pelbagai pergolakan seperti ahli keluar parti secara beramai-ramai, pengasas pun keluar parti, bahagian yang tidak diuruskan dengan baik, isu kronisma dan sebagainya. 

Majoriti besar (kalau tak semua) semua ketidakpuasan hati tersebut adalah berkisar kepada Muhyidin selaku Presiden parti tapi inilah orang yang dipilih Mahathir untuk mengetuai parti tak seberapa ramai pengikut tu.

Takde satu pun yang berkait dengan Mahathir dan anaknya Mukhtiz sekalipun kita tahu Mahathir, bukan Muhyiddin yang menguruskan parti itu.  Sehingga dikatakan ini adalah konspirasi Mahathir untuk meletak anaknya sebagai Presiden dengan cara mudah.

Oh ya, penting disebutkan tentang usia parti ini kerana politik antara lain ialah tentang kematangan dan kestabilan.  Kalau belum setahun pun dah macam-macam berlaku, apa kestabilan dan kematangan yang wujud dalam parti itu?

No comments:

Post a Comment