Friday, July 28, 2017

Mahathir Memang Sengaja Tak Mahu Pakatan Didaftarkan


Penolakan Pendaftar Pertubuhan ke atas cubaan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan hari ini memang sudah dijangka.

Selain soal logo yang tidak menyebut "Pakatan", nama Harapan itu sendiri pun sudah digunakan oleh sekurang-kurangnya 2 parti politik yang lain - satu di Semenanjung dan satu lagi di Sabah.  Tapi anehnya Mahathir hanya menyebut logo saja, nama tu yang bertindih dengan parti lain, dia tak sebut.

Ramai percaya Mahathir guna strategi secara berperingkat.  Hari ini logo, esok nama pulak, lepas tu yang salah RoS, konon tak benar Pakatan di daftarkan.

Justeru, ini bermaksud Mahathir memang sengaja tidak mahu melihat Pakatan didaftarkan dan bakal menyalahkan RoS di atas kegagalan tersebut.  Modus operandinya sama saja seperti Pakatan Rakyat dulu dimana sampai ke sudah tidak didaftarkan juga dan yang disalahkan ialah RoS.

Selain bermain masa, Mahathir tau partinya akan berhadapan lebih banyak masalah kalau digandingkan dengan DAP dalam satu Pakatan.  DAP pun macam itu juga tapi sebab nak kelirukan rakyat, pura-puralah macam nak daftar sangat tapi tak boleh kerana konon RoS menghalang.

Thursday, July 27, 2017

Tolak Bertanding Di Pekan - Kalau Takut Tu, Cakap Sajalah Mahathir


Cabar mencabar bertanding dimana ni, adalah Mahathir yang mulakan dulu.  Jangan ada orang tanya soalan yang dia tak boleh nak jawab saja, mesti dicabarnya orang itu bertanding di Langkawi.  Konon dia nak bertanding di Langkawilah tu dan pasti menang.

Tujuan asal cabar mencabar ni sebab nak alih isu, tapi sekarang dah jadi perangkap kepada Mahathir pulak bila orang yang dia cabar tu, mencabar dia semula agar bertanding di Pekan - kawasan Datuk Sri Najib Tun Razak sejak 41 tahun yang dulu.

Dah tak boleh Mahathir nak menjawab semula.  Dibangkitlah isu hantu raya dan sebagainya, benda bodoh-bodohlah senang cakap.

Wednesday, July 26, 2017

RCI: Kiri Kena, Kanan Pun Mahathir Kena



Wan Azizah semalam berikrar bahawa Mahathir tetap tdak akan terlepas dari siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai kerugian Forex antara 1989-1994.

Ini bermaksud, siapa pun menang dalam PRU14 yang akan datang, Mahathir akan tetap kena.

Jadi apa agaknya komen Mahathir dan anjing-anjingnya tentang isu ini?  Jika pentadbiran sedia ada mahu menyiasat skandal tersebut disifatkannya sebagai bermotifkan politik, bagaimana pula keputusan Pakatan melakukan perkara yang sama kalau menang?

Mungkin Mahathir tidak begitu mengendahkan kenyataan Wan Azizah ini kerana dia berfikir mampu memastikan perkara itu tidak berlaku.  Tapi jangan lupa, orang yang berdendam dengan Mahathir dalam Pakatan itu ada ramai, bukan Wan Azizah seorang.

Monday, July 24, 2017

Gelaran Top Dog Untuk Dilihat Setaraf Najib Rupanya


Kalau siapa perasan, sebelum menggelarkan diri sendiri sebagai Top Dog, Mahathir menjelaskan bahawa jawatannya sebagai Pengerusi dalam Pakatan Harapan adalah setaraf dengan Najib - lepas itu baru gelaran Top Dog ini keluar.

Maksudnya, Mahathir sama diri dengan anjing ini, semata-mata kerana nak dilihat setaraf dengan Najib.  Sampai macam itu sekali!!

Ini disokong pulak dalam kenyataan semalam, bila Mahathir mendakwa projek MRT yang dibina Najib ini adalah meneruskan apa yang dia pernah buat dulu.  Mana pulak samanya, Mahathir buat MRT, kecik sempit dan laluan pendek pendek, sedangkan Najib buat MRT, besar, selesa dan laluan pun lebih panjang.

Tuesday, July 18, 2017

Mahathir Pengerusi Untuk Elak Harta Dilahap Proksi


Strategi Mahathir mengumpul kekayaan ialah dengan meletak harta dibawah nama orang lain - proksi dan trustees.  Bukti paling jelas sudah tentulah ketika Mahathir menyerah lebih RM 1 billion wang dan harta UMNO ke tangan Paklah sewaktu proses peralihan kuasa tahun 2003-2004 melalui proksinya bernama Nordin Bachik dan Nor Mohamed Yaakob.

Tidak timbul pun persoalan kenapa wang dan harta UMNO tidak dimasukkan ke dalam akaun parti seperti yang Mahathir sibuk persoalkan sekarang.  Dia sendiri pun ketika jadi Presiden UMNO, tidak meletak wang dan harta UMNO dalam akaun parti lagi mau persoal orang lain.

Justeru, amat penting untuk Mahathir dilihat terus relevan dalam politik atau harta-hartanya ini akan lesap dilahap proksi-proksi yang menjaganya.  Kuda-kuda Mahathir yang berbelas ekor di dalam dan luar negara itu, hanya akan jadi daging korban hari raya haji nanti kalau Mahathir diberi jawatan tanpa peranan dalam Pakatan.

Monday, July 17, 2017

Mahathir Bukan Tersasul, Ambil Peluang Hina Mat Sabu


Banyak diperkatakan konon Mahathir tersasul menyebut Mat Sabu sebagai Presiden UMNO pada hari perasmian lambang Pakatan tersebut yang baru minggu sudah.

Sebetulnya Mahathir bukan tersasul tapi dia sengaja mengambil peluang untuk menghinakan Mat Sabu dan UMNO dalam masa yang sama.  Di antara 4 Presiden parti dalam Pakatan Harapan, Mat Sabu adalah yang paling ke bawah, dia wakil rakyat pun bukan, belajar tinggi pun tidak.

Justeru, peluang mendapat coverage media yang besar pada hari perasmian Pakatan Harapan itu digunakan Mahathir untuk menghinakan Mat Sabu (dan UMNO) secara tidak langsung.

Friday, July 14, 2017

DAP Lantik Mahathir Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan?


Ketika Pakatan memerintah Perak, DAP tidak perlu melantik orangnya sendiri sebagai Menteri Besar, sebaliknya mereka memilih Nizar dari PAS untuk mengisi jawatan itu.

Apa yang DAP perlu lakukan ialah mengawal Nizar untuk mengikut semua kehendak mereka dan melaksanakan arahan mereka.  Hasilnya, ada perkampungan cina yang mendapat hak menduduki tanah sehingga 999 tahun.

Nizar tidak ada pilihan kerana sekalipun dia Menteri Besar tapi kedudukannya ditentukan DAP yang mempunyai majoriti paling besar di kalangan 3 parti Pakatan Rakyat ketika itu.

Inilah halnya yang berlaku dalam organisasi baru Pakatan Harapan yang diumumkan Mahathir petang tadi.  Tiga jawatan tertinggi Pakatan Harapan, tidak terdapat wakil DAP sekalipun parti itu mempunyai jumlah kerusi tertinggi.

Wednesday, July 12, 2017

Kalau Masuk Penjara Pun Hanya Mahathir Seorang


Mahathir cuba membabitkan pemimpin Pakatan lain dalam RCI Forex yang bakal menyiasat  skandal kehilangan beratus billion wang rakyat semasa dia masih menjadi Perdana Menteri dekad 90-an yang dulu.

Tidak sukar melihat motifnya, Mahathir cuba menyeret pemimpin pembangkang lain dalam perkara tersebut supaya isu ini menjadi besar dan bukan dia saja yang terlibat.  Tapi jelas, tidak ada pemimpin Pakatan lain yang merasakan ada kaitan dengan skandal tersebut, hanya Mahathir seorang.

Justeru, tidak wujud keperluan sama sekali untuk mereka masuk campur dalam hal ini dan membiarkan Mahathir terkontang kanting bercakap mengenainya sendirian.  

Monday, July 10, 2017

DAP Yang Bersungguh-Sungguh Nak Penjarakan Mahathir


Mutakhir ini Mahathir gemar memberi persepsi bahawa Najib mahu memenjarakannya.  Di sana sini Mahathir bercakap tentang penjara.

Logik akal, buat apa nak memenjarakan Mahathir - si tua bangka yang boleh menerima gelaran Allahyarham pada bila-bila masa.  Benar, jodoh maut bukan kira tua muda tapi ini tua 92 tahun yang kita cakapkan, kalau yang lebih muda pun belum tahu lagi, apatah lagi dia yang setua itu.

Penulis tidak rasa Najib mahu memenjarakan Mahathir dengan menubuhkan RCI Forex ini.  Niat beliau hanya untuk mencari jawapan kepada kehilangan beratus billion wang negara dalam skandal Forex era 90-an dulu sebab ini melibatkan wang rakyat.

Mahathir dulu menyorokkan perkara ini dari pengetahuan rakyat dan selaku Perdana Menteri semasa, Najib bertanggungjawab mendedahkannya kepada rakyat siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dan nilai sebenar duit yang lesap.

Saturday, July 8, 2017

U-Turn Terlalu Kebudakan, Mahathir Manusia Munafik


Balik dari London, perkara pertama yang Mahathir lakukan ialah menafikan dia pernah approve Anwar sebagai Perdana Menteri dan pendakwaan ke atas bekas Timbalannya itu adalah satu konspirasi politik seperti yang dilaporkan akhbar The Guardian sebelum ini.

Seterusnya menjadikan Mahathir bukan raja U-Turn tapi manusia munafik.  Ini bukan pertama kali, dah banyak kali Mahathir cakap berpusing-pusing macam ini.  Kalau pertama kali, bolehlah kita dakwa U-Turn, beberapa kali jadi roundabout, kalau dah setiap kali, itu munafik namanya.

Apa yang dibuat Mahathir ini menjadikan gelaran raja U-Turn itu nampak terlalu kebudakan.

Wednesday, July 5, 2017

Gerakan Reformasi Juga Dilaporkan Di Seluruh Dunia, Mahathir Tak Malu Ke?


Mahathir bangga bila dakwaan konon duit 1MDB hilang, dilaporkan di seluruh dunia, katanya ini bukti yang memalukan negara.  Hakikatnya, tak sampai 10 buat akhbar pun buat laporan tersebut dengan separuh darinya berasal dari Amerika Syarikat sendiri.

Bumi ini ada lebih 160 negara di dalamnya.

Dakwaan siapa pun boleh buat dakwaan, yang penting bukan dakwaan tu tapi kebenaran disebaliknya.  Apatah lagi dengan berita bahawa gerakan media asing ini dibiayai oleh Mahathir sendiri.

Apa sekalipun, nak juga diingatkan Mahathir ini bahawa ketika gerakan reformasi sedang memuncak, ia turut dilaporkan di seluruh dunia.  

Skandal Forex yang melesapkan beratus billion wang negara dan kematian auditor BBMB di Hongkong juga turut dilaporkan di seluruh dunia - semua ini berlaku pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, Mahathir tak rasa malu ke?

Monday, July 3, 2017

Mahathir Memaafkan Bila Dia Yg Sepatutnya Minta Maaf


Sejak menyokong Pakatan aka menjilat kembali ludahnya sendiri, ramai orang bercakap tentang Mahathir, majoritinya buruk dan tidak baik.  Bukan salah yang bercakap pun, tapi ia adalah puncanya dari Mahathir sendiri.

Dia yang berpuluh tahun ajak rakyat jangan sokong Pembangkang demi agama bangsa dan negara kononnya, tapi bila kerajaan BN hari ini tidak menyebelahinya, dia mahu rakyat sokong pembangkang pulak, apa gila macam itu?

Tak hairan ramai cakap buruk pasal Mahathir kerana marah diperbodohkan Mahathir selama hari ini kecuali pentaksubnya yang buta hati sama sekali.

Justeru bila Mahathir kononnya memaafkan semua pihak yang memfitnahnya sejak jadi pembangkang, tiada siapa yang terasa dimaafkan dengan kenyataan seperti itu.  Sepatutnya Mahathir yang minta maaf kerana selama hari ini mengelirukan rakyat.

Sunday, July 2, 2017

Kalau Mahathir Tak Masuk Pakatan Pun, RCI Akan Tetap Diadakan


Penyokong Mahathir mengatakan bahawa, RCI Forex ini satu konspirasi politik bagi menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.  Kata mereka, kalau Mahathir tidak keluar UMNO, menubuhkan parti baru dan masuk Pakatan, RCI Forex ini tidak akan diadakan.

Tanggapan itu sebenarnya salah.  Yang betulnya, Mahathir sokong kerajaan atau tidak sokong kerajaan, RCI ini akan tetap diadakan kerana rakyat mahu tahu berapa dan siapa yang menyebabkan kerugian beratus billion ringgit kepada negara dalam skandal ini.

Sejarahnya, sejak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, Datuk Sri Najib Tun Razak telah mengadakan 2 RCI -  masuk yang ini akan jadi kali ketigalah.

Kali pertama pada tahun 2010 tentang kematian Teoh Beng Hock dan kali kedua tentang Projek IC di Sabah.  RCI berkaitan projek IC di Sabah ini sangat dekat dengan Mahathir sebab dia dituduh sebagai dalang di sebalik skandal tersebut.  Mahathir memang nampak geram dengan keputusan kerajaan mengadakan RCI ini dan dia banyak memberikan alasan tidak ingat semasa disoal siasat.

Saturday, July 1, 2017

Bagaimana Kalau Mahathir Tak Balik Dari London?


Hari in genap seminggu sejak Mahathir meninggalkan Malaysia untuk melawat anak-anak dan cucu-cucunya yang konon tidak boleh balik beraya di London.

Tak boleh balik Malaysia tapi semua sekali angkut (termasuk yang menetap di Malaysia) pergi London beraya?  Siapa bodoh saja percaya tu?  Gaya hidup macam ini kalau dikaitkan dengan keluarga diraja Arab, boleh faham. ini Mahathir, kononnya marhaen dan sebagainya.

Apapun, lepas genap seminggu ni, sudah ramai bimbang Mahathir tidak akan balik untuk berhadapan dengan RCI Forex yang bakal berlangsung tidak lagi.  Difahamkan ada saksi yang nampak ketika nak pergi, Mahathir bawa beg yang luar biasa banyak, seolah nak menetap terus.