Sunday, July 2, 2017

Kalau Mahathir Tak Masuk Pakatan Pun, RCI Akan Tetap Diadakan


Penyokong Mahathir mengatakan bahawa, RCI Forex ini satu konspirasi politik bagi menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.  Kata mereka, kalau Mahathir tidak keluar UMNO, menubuhkan parti baru dan masuk Pakatan, RCI Forex ini tidak akan diadakan.

Tanggapan itu sebenarnya salah.  Yang betulnya, Mahathir sokong kerajaan atau tidak sokong kerajaan, RCI ini akan tetap diadakan kerana rakyat mahu tahu berapa dan siapa yang menyebabkan kerugian beratus billion ringgit kepada negara dalam skandal ini.

Sejarahnya, sejak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, Datuk Sri Najib Tun Razak telah mengadakan 2 RCI -  masuk yang ini akan jadi kali ketigalah.

Kali pertama pada tahun 2010 tentang kematian Teoh Beng Hock dan kali kedua tentang Projek IC di Sabah.  RCI berkaitan projek IC di Sabah ini sangat dekat dengan Mahathir sebab dia dituduh sebagai dalang di sebalik skandal tersebut.  Mahathir memang nampak geram dengan keputusan kerajaan mengadakan RCI ini dan dia banyak memberikan alasan tidak ingat semasa disoal siasat.

Paklah ketika jadi Perdana Menteri pun tidak mengadakan RCI berkaitan perkara ini sekalipun Mahathir bermusuh dan dalang disebalik kejatuhannya.

Mahathir bagaimanapun tidak menyerang kerajaan secara terus terang dipercayai kerana perjanjian untuk menjadikan anaknya sebagai Menteri Besar Kedah kalau negeri itu dirampas semula dari PAS dalam PRU13.

Bagaimanapun yang penting disitu, RCI yang tidak menguntungkan imej Mahathir, tetap diadakan sekalipun pada ketika itu dia menyokong kerajaan BN.

Apatah lagi sekarang.

No comments:

Post a Comment