Wednesday, July 12, 2017

Kalau Masuk Penjara Pun Hanya Mahathir Seorang


Mahathir cuba membabitkan pemimpin Pakatan lain dalam RCI Forex yang bakal menyiasat  skandal kehilangan beratus billion wang rakyat semasa dia masih menjadi Perdana Menteri dekad 90-an yang dulu.

Tidak sukar melihat motifnya, Mahathir cuba menyeret pemimpin pembangkang lain dalam perkara tersebut supaya isu ini menjadi besar dan bukan dia saja yang terlibat.  Tapi jelas, tidak ada pemimpin Pakatan lain yang merasakan ada kaitan dengan skandal tersebut, hanya Mahathir seorang.

Justeru, tidak wujud keperluan sama sekali untuk mereka masuk campur dalam hal ini dan membiarkan Mahathir terkontang kanting bercakap mengenainya sendirian.  


Tak hairan, ia adalah Mahathir seorang dalam Pakatan yang berulang kali mengulas tentang RCI Forex ini, orang lain mana ada bersungguh sangat?  Waima Muhyiddin dan anaknya Mukhriz pun tak ambik peduli. 

Sebab semua makhluk dalam dunia ini tahu, kalau ada yang nak masuk penjara pun, ia adalah Mahathir seorang dan seorang dua kuncunya yang berada di luar Pakatan.

No comments:

Post a Comment