Monday, July 17, 2017

Mahathir Bukan Tersasul, Ambil Peluang Hina Mat Sabu


Banyak diperkatakan konon Mahathir tersasul menyebut Mat Sabu sebagai Presiden UMNO pada hari perasmian lambang Pakatan tersebut yang baru minggu sudah.

Sebetulnya Mahathir bukan tersasul tapi dia sengaja mengambil peluang untuk menghinakan Mat Sabu dan UMNO dalam masa yang sama.  Di antara 4 Presiden parti dalam Pakatan Harapan, Mat Sabu adalah yang paling ke bawah, dia wakil rakyat pun bukan, belajar tinggi pun tidak.

Justeru, peluang mendapat coverage media yang besar pada hari perasmian Pakatan Harapan itu digunakan Mahathir untuk menghinakan Mat Sabu (dan UMNO) secara tidak langsung.

Mat Sabu pun dalam setiap ceramahnya (termasuk yang dihadiri Mahathir) tidak melepas peluang untuk menghinakan Mahathir, terutama bahagian dia dua kali ditahan di bawah ISA oleh Mahathir, maka itu Mahathir guna peluang itu untuk menghinakan Mat Sabu semula.

Inilah Mahathir, dia memang nyanyuk tapi dalam masa yang sama, otaknya sentiasa berjalan untuk cari peluang menghinakan orang lain, walaupun sekutunya sendiri.

No comments:

Post a Comment