Thursday, July 27, 2017

Tolak Bertanding Di Pekan - Kalau Takut Tu, Cakap Sajalah Mahathir


Cabar mencabar bertanding dimana ni, adalah Mahathir yang mulakan dulu.  Jangan ada orang tanya soalan yang dia tak boleh nak jawab saja, mesti dicabarnya orang itu bertanding di Langkawi.  Konon dia nak bertanding di Langkawilah tu dan pasti menang.

Tujuan asal cabar mencabar ni sebab nak alih isu, tapi sekarang dah jadi perangkap kepada Mahathir pulak bila orang yang dia cabar tu, mencabar dia semula agar bertanding di Pekan - kawasan Datuk Sri Najib Tun Razak sejak 41 tahun yang dulu.

Dah tak boleh Mahathir nak menjawab semula.  Dibangkitlah isu hantu raya dan sebagainya, benda bodoh-bodohlah senang cakap.


Kalau takut, cakap takutlah, apa yang susah.  Gebang  bukan main besar tapi bila dicabar semula pandai pulak bagi alasan yang tidak masuk akal.

Tapi difikirkan balik, apa yang Mahathir nak ditakutkan?  Mahathir kata dia popular dan perjuangannya mendapat sokongan rakyat, bertanding sajalah, jangan beri alasan bodoh walaupun kita tahu dia memang bodoh.

No comments:

Post a Comment