Saturday, July 8, 2017

U-Turn Terlalu Kebudakan, Mahathir Manusia Munafik


Balik dari London, perkara pertama yang Mahathir lakukan ialah menafikan dia pernah approve Anwar sebagai Perdana Menteri dan pendakwaan ke atas bekas Timbalannya itu adalah satu konspirasi politik seperti yang dilaporkan akhbar The Guardian sebelum ini.

Seterusnya menjadikan Mahathir bukan raja U-Turn tapi manusia munafik.  Ini bukan pertama kali, dah banyak kali Mahathir cakap berpusing-pusing macam ini.  Kalau pertama kali, bolehlah kita dakwa U-Turn, beberapa kali jadi roundabout, kalau dah setiap kali, itu munafik namanya.

Apa yang dibuat Mahathir ini menjadikan gelaran raja U-Turn itu nampak terlalu kebudakan.


Untuk memperbaiki keterlanjuran ini, Mahathir perlu saman The Guardian kalau benar apa yang ditulis pada tajuk muka depan akhbar tersebut salah dan Mahathir tidak pernah mengatakan Anwar layak jadi Perdana Menteri dan pendakwaan ke atasnya adalah satu konspirasi.

Ini atas kefahaman Mahathir sendiri, kalau saman tanda tak salah, kalau tak saman, tanda salah.

No comments:

Post a Comment