Monday, August 14, 2017

Mahathir Kecewa, Satu Soalan Pasal 1MDB Pun Orang Tak Tanya


Kalau ikut faham dunia Mahathir, semua orang di Malaysia ini begitu taksub dengan 1MDB.  Siang malam takde cerita lain kita di Malaysia ini, 1MDB, 1MDB dan 1MDB.

Mungkin budak-budak serpihan UMNO dalam KCD memberitahu dia bahawa media sosial hari ini penuh dengan ketaksuban rakyat tentang 1MDB.

Justeru, Mahathir dengan angkuh mengadakan program Nothing To Hide 2.0 dan serah kepada budak mentah 25 tahun untuk mengendalikannya. sebab berasa yakin bahawa jawapan kepada banyak persoalan yang berkisar di sekitar 1MDB ialah apa yang rakyat mahukan sekarang.


Apa sekali bila program itu diadakan, bukan 1MDB yang kena korek, sebaliknya jenayah Mahathir dulu pulak yang dikorek orang.  Satu soalan pasal 1MDB pun tak ditanya sebaliknya isu pasal Memali, pasal Anwar pulak yang menjadi perhatian rakyat.

Tak hairan Mahathir memilih untuk tidak menjawab secara terus terang tapi berpusing sana sini mengelak dari menjawab terus soalan yang dikemukakan peserta dalam program Nothing To Hide.

No comments:

Post a Comment