Friday, August 25, 2017

Trump Jumpa Najib, Mahathir Patut Mengaku Menipu


Apa maksud bila Presiden Donald Trump jemput Datuk Sri Najib Tun Razak datang ke White House meraikan 60 tahun hubungan USA-Malaysia bukan September nanti?  Ini maksudnya, semua dakwaan Mahathir konon Najib terlibat dalam skandal 1MDB, adalah tidak betul.

Semudah itu saja.

Trumph ni, apa pun nak kata, adalah Presiden Amerika, negara kuasa besar dunia.  Tak kebulur dia nak jumpa orang suka-suka, melainkan ada hal yang begitu penting.  Pemimpin lain sanggup bayar untuk jumpa orang pada kedudukan seperti dia tapi Najib ni dijemputnya begitu saja.

Cakap bab bayar ni, kena ingat bahawa, sebelum jadi Presiden pun Trumph memang dah kaya raya, ingat dia hairan ke dengan duit?  


Hillary Clinton kempen kutip dana, Trumph tak payah, guna dana dia sendiri saja.  Siapa bodoh saja dakwa Najib dapat berjumpa Trumph ini sebab membayar - macam Mahathir jumpa Bush dulu.

Justeru, memang jelaslah jemputan ini menujukkan Najib seorang yang penting dan ada nilai tersendiri kepada Amerika, tak perlu bayar pun tapi dapat juga berjumpa, dijemput lagi.

Kalau Najib terlibat skandal, nak ke Trumph jumpa?  Pakai otaklah sikit Mahathir.

No comments:

Post a Comment