Monday, September 4, 2017

Ketaksuban Begini Memang Benar


Kegilaan manusia ke atas manusia yang lain memang berlaku di kalangan penyokong Mahathir.  Ia bukan atas alasan bahasa, pemahaman atau yang seperti itu tapi ketaksuban dalam erti kata yang sebenarnya.

Seperti posting seorang pentaksub Mahathir di FB yang menilai pahala Mahathir lebih banyak dari dosanya yang viral minggu lepas.  Itu bukan main-main, memang di kalangan puak-puak ini Mahathir dipandang seperti itu - suci dan tidak berdosa.

Jika nak dikirakan dengan fakta, siapa yang nak sokong Mahathir?


Tuduh duit 1MDB berbilion hilang, mana buktinya?  Tuduh Najib perompak duit rakyat, atas alasan apa?  Konon rakyat hidup sengsara. dia sendiri beriadah naik kuda baka mahal dan pandu kenderaan mewah.

Jadi apa yang ada untuk menghalalkan tindakan Mahathir?  Ketaksubanlah.  Hanya dengan ketaksuban saja kebenaran tak perlu dicari, bukti tak perlu diberi.

No comments:

Post a Comment