Friday, September 15, 2017

Najib: Tidak Logik Semua Orang Dalam Dunia Salah, Mahathir Saja Betul


Kalau dikirakan dengan tangan sekarang, dah ramai pemimpin utama dunia yang Datuk Seri Najib berjumpa - dalam tempoh  setahun kebelakangan ini sahaja.

Raja Arab Saudi, Presiden Russia, Presiden China, Perdana Menteri India, Presiden Perancis, Perdana Menteri Britain dan sebagainya.  Terbaru Presiden Amerika Syarikat pulak.  Ada yang datang sini, ada yang Najib datang berjumpa mengikut kepada keperluan halnya.

Semua ini bukan calang-calang orang ni.  Mereka mewakili negara yang bukan sahaja kuat dari segi ekonomi malah ketenteraan juga.  Bercakap tentang ketenteraan ni, termasuklah rangkaian perisikan dan sebagainya.


Nak disebutkan ni, kalau betul Naib ini perompak wang rakyat seperti yang seringkali Mahathir tuduh, logik ke semua pemimpin utama ini tidak tahu dan sanggup pulak mencemarkan imej mereka dengan berjumpa Najib - kalau betullah seperti mana tuduhan Mahathir tu.

Jangan kata pemimpin-pemimpin ini tidak memilih orang yang mereka nak jumpa ya.  Sampai sekarang tidak ada diantara mereka yang kita dengar berjumpa dengan pemimpin negara tertentu seperti Mugabe, Presiden Iran atau Korea Utara.

Sudah tentulah ada nasihat dari perisikan masing-masing dan apa pun nasihatnya tu, nampaknya tak terpakai kepada Najib sebab itu mudah berjumpa, tak begitu?

No comments:

Post a Comment