Tuesday, October 3, 2017

Betul Ke Tawaran Dari Oxford Tu?


Sejak sidang media yang diadakannya semalam, satu-satu kisah mengenai Syed Saddiq ini terbongkar.  Sementara ramai bercakap mengenai kebenaran di sebalik dakwaan RM 5 juta yang konon ditawarkan untuk dia meninggalkan parti itu, ada kisah lain yang tidak kurang menariknya.

Dalam sidang media yang sama, Syed Saddiq turut mengumumkan untuk tidak menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Oxford kononnya demi negara.  Yang kelakarnya, kalau diikutkan kepada surat tawaran yang ditunjukkan tu, banyak yang tak kena dengannya.

Antara lain tarikh surat berkenaan ialah 17 Mei 2017, dia kena bagi jawapan terima atau tidak tawaran itu pada 11 Mei bulan yang sama, tapi surat itupun dia hanya terima pada 15hb Jun 2017.

Berdasarkan surat itu sendiri pun tawaran itu sebenarnya sudah expired sebelum surat berkenaan diterima.  Kalau nak dikatakan tersilap, takkanlah pusat pengajian terkemuka dunia boleh tersilap macam itu sekali?

Hati penulis kuat berkata surat itu surat itu tidak asli dan ia adalah sebahagian daripada plot untuk menunjukkan Syed Saddiq seperti hero, sanggup menolak tawaran belajar dari Universtiti terkemuka untuk kononnya berbakti kepada negara.

Tapi itu hanya penulislah.


No comments:

Post a Comment