Monday, December 4, 2017

Apa Jaminan Mahathir Tidak Akan Pecat Wan Azizah?



Kata sebuah portal dibiayai Pakatan, Mahathir dan Wan Azizah masing-masing telah dinamakan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kalau Pakatan menang dalam PRU14.

Seperti mana biasa, Pakatan anggap jawatan itu sebagai interim saja sementara menunggu Anwar keluar dari penjara.

Tapi dalam perlembagaan kita tidak ada jawatan Perdana Menteri interim.  Jadi Perdana Menteri, maksudnya jadi Perdana Menteri sajalah, apa interim-interim ini semua?

Justeru, apa jaminan Pakatan Mahathir tidak akan memecat Wan Azizah dan menggantikannya dengan Mukhriz seperti mana dia pecat Anwar dan ganti dengan Paklah dulu?  

Mungkin Pakatan fikir dengan DAP menguasai Parlimen, mereka boleh adakan undi tidak percaya terhadap Mahathir kalau itu berlaku.


Tapi jangan lupa, ini Mahathir asal Kerala tau.  Macam-macam trick dia boleh buat sebelum Pakatan boleh adakan undi tidak percaya terhadapnya, Lihat saja krisis perlembagaan 1988 dan 1994 dulu.  Yang penting bagi dia jadi Perdana Menteri semula.

Pakatan bodoh kalau percayakan Mahathir.  Atau Pakatan tahu tak akan menang PRU14 sebab itu namakan semula orang tua ini sebagai Perdana Menteri mereka?

No comments:

Post a Comment