Wednesday, December 13, 2017

Pulang Pngat Untuk Tutup Kegagalan Buat Mesyuarat?


Menurut beberapa sumber, ada unsur-unsur politik dalam tindakan Mahathir memulangkan 2 darjah kebesaran negeri Selangor.  Sebab itu pulang Khamis, baru tahunya Isnin - yang juga hari keputeraan Sultan Selangor.

Nampak macam ada perancangan seolah sengaja dibocorkan pada hari yang berkenaan. Kalau betul, ini maksud Mahathirlah yang sebenarnya berpolitik tak kira tempat, bukan institusi beraja.

Tapi dengan memulangkan pingat ini, tidak menyelesaikan banyak masalah yang berlaku dalam parti Mahathir, PPBM.  Dah pulang 2 pingat pun, mesyuarat (waima mesyuarat cawangan) masih gagal diadakan sehingga sekarang.

Sedangkan itulah yang paling penting bagi mengelakkan pendaftaran parti dibatalkan, bukan pulang pingat.  Atau Mahathir nak guna isu ini (pulang pingat) untuk tutup kegagalannya menguruskan parti kecik macam PPBM tu?

Taktik macam ini boleh guna dalam PPBM sebab manusia dalam tu memang untuk dibodohkan.  Twist sikit saja isu, semua benda pun lupa, walaupun yang melibatkan kepentingan mereka.

No comments:

Post a Comment