Saturday, December 9, 2017

Sejak Bila Mahathir Peduli Artis?


Ramai memandang dengan pelik bila Mahathir memuji satu persatu (sebetulnya 2 saja) artis yang mengkritik kerajaan dalam isu kos sara hidup - sekalipun 'fakta' yang diangkat artis berkenaan adalah salah dari segala segi.

Semua orang tahu Mahathir paling tidak gemar dengan perkara berkaitan kreatif - melainkan perkara yang dia sendiri terlibat di dalamnya.  Artis juga tidak terkecuali, dimana sewaktu Mahathir masih memerintah, artis paling banyak 'ditindas' dan disekat kreativiti mereka.

Rambut panjang tak boleh, filem seram tidak boleh, cakap banyak kena gam (M Nasir), lirik lagu diteliti satu persatu dan sebagainya.  Malah ramai tidak tahu bahawa bukan semua genre muzik dibenar masuk ke negara kita.

Ini semua berlaku di zaman Mahathir, zaman sekarang tidak ada.

Nasib baik dalam masa yang sama, Mahathir sibuk mengkayakan kroni nya, tidaklah sepenuh tumpuan diberikan untuk 'menganiaya' artis.  Kalau tidak bukan setakat itu saja, lebih dari itu pun tidak mustahil dilakukan.

Artis zaman ini, sewaktu Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, dilibatkan pulak dalam perlaksanaan polisi negara.  Najib melibatkan artis dalam program TN50 dengan mengadakan sesi Town Hall serta berdialog dengan mereka.

Zaman Mahathir ada?  Dah, berhenti mengarut konon Mahathir peduli pasal artis.

No comments:

Post a Comment