Wednesday, January 10, 2018

Lawatan Bawa Keluarga: Kalau Najib Salah, Dah Lama Mahathir Bersuara


Kecoh pagi tadi mengenai senarai ahli keluarga Perdana Menteri yang bersama ikut dalam lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi melalui dua keping gambar senarai rombongan yang disebarkan penyokong Pakatan.

Tidak pun tertulis disitu sama ada kesemua dalam rombongan tersebut menaiki pesawat kerajaan tapi anggapan penyokong Pakatan begtu.

Akhirnya semua penyokong Pakatan menjadi bodoh begitu saja bila Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa hanya ibu Perdana Menteri dan isteri saja yang turut sama dalam pesawat berkenaan, yang lain naik pesawat asing-asing.


Benda ini dah lama disebut dan dijelaskan.  Dengan bekas Perdana Menteri menjadi pengerusi Pakatan sekarang, benda ini tak sepatutnya jadi isu sebab dia sendiri pun selalu buat perkara yang sama dulu.

Melawat ke mana pun, anak binnya pasti dibawa.  Kalau ada yang salah, Mahathir dah melonpat dulu dah, tapi dia pun tahu takde apa isu disitu, sebab tu dia diam saja.

No comments:

Post a Comment