Monday, February 12, 2018

Kuasa YDPA Melantik Perdana Menteri, Datang Daripada Rakyat


Puak penyokong Mahathir membayangkan ada usaha oleh pihak Istana untuk menafikan kehendak rakyat” yang mahu Mahathir menjadi Perdana Menteri semula selepas PRU14 - melihat kepada pelbagai darjah kebesaran yang ditarik balik darinya oleh institusi istana.

Jahatnya tu, belum tentu pun Mahathir akan menang tapi dah ada prasangka puak puak beruk ini terhadap pihak Istana kononnya perlantikan tua kutuk itu sebagai Perdana Menteri akan dihalang.  Seolah-olah kemenangan dah dalam tangan.

Pun begitu diakui, tidak kurang ramai yang mencadangkan Mahathir bakal berhadapan masalah untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri, melihat kepada gambaran dari pelbagai gelaran yang ditarik balik darinya sekarang ini tapi persoalan ini sepatutnya timbul kalau pun Mahathir menang, bukan sekarang.

Tapi jika itu berlaku sekalipun, ia bukanlah bermaksud pihak Istana mahu menafikan kehendak rakyat kerana peraturan yang menetap YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli parlimen yang mendapat majoriti untuk dilantik ke jawatan itu pun, datangnya dari rakyat juga.


Rakyat, melalui wakil mereka di parlimen, menggubal perlembagaan dan seterusnya menjadi panduan untuk mentadbir negara ini - termasuk dalam hal melantik Perdana Menteri.  Mahathir kalau tak suka dengan peruntukan dalam perlembagaan yang menetapkan YDPA melantik Perdana Menteri, boleh mengubah peruntukan ini dengan meminda perlembagaan, tapi dia tidak melakukannya dulu.

Yang penting sekarang, bukan melempar prasangka buruk terhadap Istana tapi Mahathir kena menang dulu lah kalau nak gebang besar - kok boleh menanglah pulak tu.  Sekarang ini pun dah masuk IJN kerana batuk dan sakit dada, itu belum bertanding dan menang atau jadi PM lagi tu.

No comments:

Post a Comment