Monday, March 19, 2018

Buang Kakitangan Awam: Kefiraunan Mahathir Diwarisi Anaknya


Kenyataan Mukhriz semalam bahawa Pakatan akan membuang semua pegawai kanan kerajaan yang tidak sebulu dengan Pakatan - konon kerana melindungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuktikan bahawa Mahathir tidak ada iman yang nak diwariskan kepada anak-anaknya sebaliknya kezalimannya itulah yang mereka dapat.

Nampak sangat demokrasi di kalangan penjawat awam akan menjadi lebih sukar kalau puak-puak ini menjadi kerajaan.

Justeru, sebelum itu berlaku, kerajaan hari ini harus bertindak hampir sama juga - buang semua penjawat awam yang terang-terang sokong pembangkang.

Apa pilihan yang penjawat awam ni ada?  Belah sana pun kalau besok ada tindakan kerajaan Pakatan waktu itu yang menindas mereka, tak boleh nak kata apa juga sebab akan dibuang.  Sekarang pun kena macam itu jugaklah baru adil.

Lagipun kita tidak faham apa yang dikatakan Mukhriz kononnya ada pegawai kanan kerajaan hari ini yang melindungi Najib?  Ada buat salah ke, kalau ada, mana buktinya?

1 comment:

  1. Pegawai kanan kerajaan boleh mula untuk memilih untuk memihak kepada parti mana. Nak bagus lagi declare terang-terang. Lepas PRU 14 kita tengok siapa yang menang. Yang salah pilih boleh bersedia untuk cari kotak kosong untuk kemaskan barang dari bilik pejabat dengan segera.
    Bagus jgk cadangan si Mukhriz ni walaupun tak berapa cerdik.

    Selepas ni Pegawai kanan kerajaan tak boleh lagi nak main politik sangat dah. Tumpu pada kerja pembangunan yang dicadangkan oleh kerajaan memerintah. Jangan jadi seperti api dalam sekam.

    ReplyDelete